Saturday 16 July 2011



GURU OH GURU



BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Kata-kata Mutiara




Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Saturday 9 July 2011

SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BENDAHARA


AKITIVITI BERGOTONG-ROYONG


AKTIVITI MENCERIAKAN PAPAN MAKLUMAT SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BENDAHARA


AKTIVITI SENAMROBIK GURU BERSAMA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BENDAHARA


AKTIVITI LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Saturday 4 June 2011

ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi



Sila layari web ini.

http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32[09].pdf



SINOPSIS: Kerana  globalisasi berkisar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Oleh itu, pembangunan pendidikan perlu meletakkan kepentingan sosialisasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar. Perubahan perlu dibuat kepada sistem pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di mana kaedah konstruktivis pilihan. Pendekatan ini boleh menggalakkan minat dan menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat di kalangan mereka. Eksperimen kuasi telah dijalankan untuk melihat kesannya terhadap pencapaian pelajar pendekatan perantis (konstruktivis) berbanding pendekatan tradisional (tingkah laku) dalam pembelajaran komputer sebagai mata pelajaran. Dalam kaedah tradisional, langkah demi langkah arahan yang diberikan oleh guru semasa dalam pendekatan perantis peranan guru pemudah cara untuk menggalakkan pelajar untuk menyelesaikan masalah. Pelajar telah untuk membangunkan laman web ini dalam kumpulan. Manakala hasil penyelidikan yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar. Tugasan pelajar yang menggunakan pendekatan perantis kualiti yang lebih baik dari segi reka bentuk, pengurusan susun atur, pemilihan warna, dan semua pautan dalam laman web berfungsi. Oleh itu, para penyelidik mencadangkan bahawa perubahan pedagogi perlu dibuat selaras dengan teori pembelajaran constructivism. Mereka juga harus disepadukan dalam program-program pengajaran dalam perkhidmatan. Pada akan dan kajian secara menyeluruh juga perlu dijalankan untuk menentukan kesan sosialisasi ICT pada belia yang berkesan dan hilang berkekalan.